Pages

Tuesday, April 9, 2013

HTAR Kelang

Hari ini aku bersama-sama En. Nazar, En. Mazlan dan Kak Zana (nurse) pergi menziarahi rakan kami JVC iaitu Sarimah Juahil yang sedang sakit tenat di wad 7b HTAR Kelang. Diwaktu ini beliau dibantu dengan bantuan alat pernafasan (life support) Subhanallah dan istighfar saja yang mampu ku lafazkan bila melihat keadaan beliau. Menurut kata doktor yang memantau beliau ,keadaannya memang agak kritikal disebabkan buah pinggang yang tak berapa fungsi, kencing manis yang serius , darah tinggi . Disebabkan terdapat infection yang serius yang menyebabkan beliau didalam keadaan dikatakan tidak sedarkan diri. Ya ALLAH , kau ampunkan dosa-dosanya , dosa-dosa kami dan kau lindungilah beliau serta rahmatilah beliau...Insyaallah.

19-November-2012 ( Results UPSR for Ela )


Suhaila anak aku yang ke-4 mendapat 4A 1B didalam UPSR . Alhamdulillah. Kurniaan dari ALLAH yang maha esa. Memang harapan aku untuk dia dapat 5A , apapun kita redha dengan keputusan yang keluar.
Moga terus mencapai kejayaan dimasa akan datang yang lebih mencabar lagi...

RESULT PMR 19-DEC-2012 ( NAIM PUTRA )





Ni anak aku yang ke 3 - Muhammad Na'im Putra di hari result PMR keluar . Alhamdulillah dengan keputusannya 6A 2B


Monday, April 8, 2013

Kisah Nani di PLKN GEO KOSMO


name tag yang Nani pakai di PLKN. Masa ni aku datang selepas seminggu dia di sana . Dia memang cool dan ceria aje . Nothing to worry . Cuma sakit-sakit badan aje ....kata dia.

Tengoklah tu dia , happy je . Neneknya pun datang menjenguk Nani last Sunday 7-april-13 .

Makan nasi yang neneknya tapaukan untuk cucunya iaitu NANI...makan sambil cerita kat nenek kisah-kisah di PLKN . Punyalah besor baju ngan seluarnya

Tuesday, April 2, 2013

Nani join PLKN @ GEO KOSMO KUALA KUBU BHARU

Inilah dia bas yang membawa Kak Nani (anakku) ke pLKN pada 31-MARCH-2013.........
Aku sempat snap gambar dia dalam bas.Mula-mula duduk kat tepi belakang , but at last kena arrange duduk depan second seat . By Kakak...Abah miss u so much...baru aje 2-3 hari kakak pegi .
Mama yang sama-sama turut menghantar kakak @ stadium jugra . Jam 9.00 am bas pun bergerak . Selamat berjuang dan selamat menimba pengalaman yang berharga....

Saturday, March 30, 2013

spm results 2012 (NANI) 21-MArch-2013

nak ambil results kena naik pentas one by one. Alhamdulillah rezeki kurniaanNYA . Bersyukur dan segala puji itu bagi ALLAH jua.

Dah turun dari pentas masih lagi menatap keputusan SPM nya.



Tuesday, March 12, 2013


Prosedur yang telah aku lalui pada 11-March-2013 . Terdapat 3 blockage . Kemungkinan aku akan melalui pembedahan by pass saluran jantungku yang tersumbat.
masa buat prosedur angio memang cuma Allah saja yang tahu dalam hati aku ....macammana...istighfar saja yang mampu ku lafazkan.