Kat hospital serdang punyalah ramai umat kat pendaftaran saje nombornya dah kat 50 orang . subhanallah . dari pukul 8.00 am dapat panggil untuk daftar dalam kul 9.15am . selepas tu kena pegi klinik kardiologi kene register amik no lagi utk jumpa doktor pakar .
Tengoklah berapa orang lagi baru dapat jumpa doktor . 77 orang tu.....
Aku dah letih menunggu , sebelum tu dah amik BP , ECG dan sebagainya.
Bila tengok-tengok kat spital or kat klinik kardiologi ni . Subhanallah ramainya yang kena sakit jantung . Rasanya hampir 200 orang kot daily patient sakit jantung . tengoklah photo kat bawah ni.
Nombor aku 1109 dan nombor masa jam 12.00 tghari 1097 . ada 12 orang lai barulah turn aku kene panggil . rasanya dalam pukul 1.15pm baru dapat jumpa doktor .
Jumpa doktor tak sampai 15minit pun . takde pun check atau sentuh kat dada aku ni . cuma inform untuk buat holter & echo pada 21hb Feb 2013
Kemudian angiogram pada 11hb March 2013 . Itulah date utk angiogram yang paling cepat ada kosong . juat imagine dari december 2012 ~ march 2013 .
No comments:
Post a Comment