Pages

Thursday, March 12, 2015

SMSS REUBION DINNER 2015


Kejadian pada 21-February 2015 @ Royale Chulan Hotel. Memang agak lama jugak tak pergi dinner utk sekolah lama aku . Tahun ini adalah tahun batch 1982 ini mencecah umur 50tahun. Just imagine berapa tahun dah tinggal alam persekolahan . SPM 1982 ( 33 tahun sudah berlalu ) 

Di bawah gambar classmate aku Form 5 Maju baju petak dah bergelar Datok . Datok Ariffin Mahmud . Sejak lepas sekolah memang tak jumpa dan baju merah Ali Muntaha kelas 5 Budi.

Tuan Lawyer Azhar Arman ALi (MAC) bersama Simplex ( Azman ) dan juga wak Berg.( LOtfi Kasbin )
Di bawah ni semua kelas 5 Budi . Suhaimi Shariff ( chet ) , ALi Muntaha dan Azran aka Boyan.

Datok ariffin bersama isterinya dan juga sorang lagi classmat 5 Maju yang berjaya di dalam kariernya Azmil Shukor . Orang kuat UDA Holdings kot kalau tak silaplah.

Yang berbaju biru kolar putih cikgu kami cikgu Zulkifli . aka Mana Sikana . gelaran yang kami panggil utk cikgu ni. dan bila kami tanya cikgu tau tak apa yng nama kami panggil cikgu . dia kata tau.....mmmmm

Friday, January 3, 2014

Tuesday, September 3, 2013

AKU , ANAKKU dan UPM

Assalamualaikum....
Sebenarnya dah lama aku nak story benda ni . 30 tahun dulu dalam tahun 1983 selepas tamat SPM aku dapat offer sambung study kat UPM . Offer letter tu aku masih simpan lagi.
Dulu-dulu mana ada online . and then selepas 30 tahun dalam tahun 2013 ni anak aku pulak ikut jejak abahnya dapat offer study kat UPM jugak . just imagine as her abah . syukur kpd ALLAH atas nikmat yg diberi....
Dulu masa aku UPM kat Serdang tapi sekarang ni UPM kat Sarawak kau . Bintulu......

Suhaila masuk wad lagi

Bismillahirrohmanirrohim
Malam 31 ogos 2013  . pukul 3.00 pagi pintu bilik diketuk...rupanya ella ketuk sebab dia sesak nafas atau athma . Siap=siap nak pergi hospital banting. Solat tahajud dulu.
sampai spital kul 3.20pagi dan terus masuk ambik gas. aku tunggu kat luar . 2 kali ambik gas dalam jam 5.00 pagi keluar dari spital.
Malam 1 sept 13 . pukul 12.00 mlam with my wife bawak lagi ella gi spital . kali ni teruk sikit 3 kali amik gas tak lepas . amik darah , xray and at last kena tahan wad . masuk wad kul 4.30 pagi .
2hb sep 13 - mlam aku pulak cover tunggu ella kat wad .
Ya Allah - ramainya pesakit kat wad kanak2 ni . sana-sini budak kad wad merengek dan kebanyakkannya sakit semput dan demam . dalam pukul 11.30 ella dah tidor , aku pun tidor jugak , Kul 1,40 pagi terjaga sebab budak2 tu ada yang merengek . sambung tior balik . pukul 4.30 pagi terjaga lagi .
At last pukul 5.00 pagi balik rumah sebab nak sahur utk puasa 6 . Hari ni puasa hari yang ke 5 . Insyaallah esok 4hb sept 13 . puasa 6 yg akhir . dihari syawal yg ke 28 .
Moga dgn puasa ini akan mendapat rahmatNYA.
Ella discharge 3hb sept 13 dalam kul 4.30petang.

Tuesday, August 20, 2013

Syawal 2013

Bismillahirrohmanirrohim.
Alhamdulillah syawal masuk hari ke 14 hari ini. Cepat betul rasanya masa berlalu meninggalkan kita atau kita yang terlalu alpa dalam duniawi masing-masing. Tetap bersyukur dengan nikmat yang diberi setiap hari bersama dengan keluargaku. 
Tahun ni tema sedondon warna biru. Itu pun anakku yang bongsu Naufal yang nak colour biru....i follow je...
ok jugak warna biru ni. tapi jangan dipolitikkan colour biru . tidak bermaksud apa-apa pun. kan aku dah kata pilihan anak aku yang kecil sekali . 
Inilah keluarga besar cikgu Haji Baki & Hajah Mariam. Ini pun kurang satu famili adik aku yang beraya di Pahang. SO kira tak cukup corum lah.

Aku dan my lovely wife...mama utk anak-anakku...........

Monday, July 15, 2013

7 ramadhan








Appointment @ Hospital Serdang

Bismillahirrohmanirrohim...
Hari ni 15-Julai-2013 ada appointment kat Klinik Kardiologi Hospital Serdang . Selepas sahur dan solat subuh aku siap-siap nak gerak ke Serdang. 6.30 pagi gerak dari rumah and sampai Hospital jam 7.30 pagi . Parking masih kosong lagi. Terus gi kaunter utk register . Kena ambik nombor dulu .


Aku ingat takde orang sangat . Ramainya orang , kena tunggu giliran sampai 64 orang. Kalau lewat lagi tak taulah nombor berapa.


Pukul 8.09pagi baru nombor dipanggil . so kena naik atas tingkat 2 ke klinik Kardiologi . ramai jugak orang kat sini .


Dapat nombor 1040 , masa tu baru 1006 nombor gilirannya .
So kena tunggu lagi. 

Pukul 8.49 pagi dipanggil masuk bilik 5 untuk check blood pressure.
Result BP ok je . 140/81