Pages

Monday, July 15, 2013

7 ramadhan








Appointment @ Hospital Serdang

Bismillahirrohmanirrohim...
Hari ni 15-Julai-2013 ada appointment kat Klinik Kardiologi Hospital Serdang . Selepas sahur dan solat subuh aku siap-siap nak gerak ke Serdang. 6.30 pagi gerak dari rumah and sampai Hospital jam 7.30 pagi . Parking masih kosong lagi. Terus gi kaunter utk register . Kena ambik nombor dulu .


Aku ingat takde orang sangat . Ramainya orang , kena tunggu giliran sampai 64 orang. Kalau lewat lagi tak taulah nombor berapa.


Pukul 8.09pagi baru nombor dipanggil . so kena naik atas tingkat 2 ke klinik Kardiologi . ramai jugak orang kat sini .


Dapat nombor 1040 , masa tu baru 1006 nombor gilirannya .
So kena tunggu lagi. 

Pukul 8.49 pagi dipanggil masuk bilik 5 untuk check blood pressure.
Result BP ok je . 140/81



Friday, July 12, 2013

Ramadhan 2013

Bismillahirrohmanirrohim.
Alhmadulillah Ramadhan datang lagi . Syukur masih lagi menjadi tetamu untuk Ramadhan ini . Dipenghujung syaaban ada hamba allah yang tidak dapat menjadi tetamu di ramadhan kali ini. Sehari sebelum Ramadhan aku menghadiri atau menziarahi jenazah di seksyen 17 shah alam. ayah kepada rakan sekerja ku kembali ke rahmatullah . dengan suasana hujan di pagi itu aku mengiringi jenazah ke tanah perkuburan seksyen 21 shah alam.
Sebelah petangnya pulak , anak jiran ku di kanchong darat pula kembali kerahmatullah . bergegas aku pulang ke banting untuk menziarahi jenazah. Alhamdulillah sempat juga untuk solat jenazah bersama-sama kariah kampung ku. Dan kemudian mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Kanchong Darat . 
Dalam sehari sebelum Ramadhan 2013 menjalankan tanggungjawab fardu kifayah sesama Islam. 
Hari ini hari ke 4 di bulan Ramdhan (hari Sabtu ) kemusykilan kepada perut ku dari puasa ke 2 , 3 dan 4 selepas sahur perut berkeroncong disebabkan cirit birit . Dua tiga jam juga menahan sakit memulas dan ulang alik ke toilet untuk buang air besar yang memang confirm cair. Alhamdulillah masih bertahan utk meneruskan puasa. In syaa allah , moga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menjalani ibdah puasa kali ini.