Bismillahirrohmanirrohim.
Alhmadulillah Ramadhan datang lagi . Syukur masih lagi menjadi tetamu untuk Ramadhan ini . Dipenghujung syaaban ada hamba allah yang tidak dapat menjadi tetamu di ramadhan kali ini. Sehari sebelum Ramadhan aku menghadiri atau menziarahi jenazah di seksyen 17 shah alam. ayah kepada rakan sekerja ku kembali ke rahmatullah . dengan suasana hujan di pagi itu aku mengiringi jenazah ke tanah perkuburan seksyen 21 shah alam.
Sebelah petangnya pulak , anak jiran ku di kanchong darat pula kembali kerahmatullah . bergegas aku pulang ke banting untuk menziarahi jenazah. Alhamdulillah sempat juga untuk solat jenazah bersama-sama kariah kampung ku. Dan kemudian mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Kanchong Darat .
Dalam sehari sebelum Ramadhan 2013 menjalankan tanggungjawab fardu kifayah sesama Islam.
Hari ini hari ke 4 di bulan Ramdhan (hari Sabtu ) kemusykilan kepada perut ku dari puasa ke 2 , 3 dan 4 selepas sahur perut berkeroncong disebabkan cirit birit . Dua tiga jam juga menahan sakit memulas dan ulang alik ke toilet untuk buang air besar yang memang confirm cair. Alhamdulillah masih bertahan utk meneruskan puasa. In syaa allah , moga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menjalani ibdah puasa kali ini.
No comments:
Post a Comment