Pages

Sunday, May 12, 2013

12hb Mei 13

Berpagi-pagi di hujung minggu dengan menyambung mesin rumput . Sekejap saje dah mula panas dan berbahang . Ya Allah , subhanallah panasnya hari . Berhenti mesin dlm pukul 10.00 pagi sebab nak pegi layat kat Taman Seri . Cik Semah Askar telah meninggal dunia . Sampai umah arwah jam 10.30pagi diberitahu jenazah belum sampai lagi dari hospital Serdang .
SInggah umah nenek jap , hajat dihati nak sarapan apa yang patut. ALhamdulillah . takde rezeki nak sarapan sebab nasi dah habis . Frust jugak tak dapat pekena sambal ikan bilis my mom . Best in the world .
Fikir-fikir nak gunting rambut kejap . Satu hal lagi , ingatkan kejap lah tunggu turn , lamalah pulak .
Siap gunting patah balik tman Seri , tapi jenazah dah dibawak ke tanah perkuburan .
Sampai rumah wife nak keluar ambik kek , ajak aku hantar dia gi ambik kek tu kat umah orang kat Jalan Sempadan . Lepas tu gi kondangan pulak ke Sungai Kelambu. Walau pun tak dapat sarapan tapi Allah arahkan rezeki untuk makan di rumah orang kahwin . Alhamdulillah .
Petang dalam pukul 3.30petang sambung balik mesin rumput yang masih tak clear lagi . Sebelum tu pegi beli minyak petrol untuk mesin . Pukul 4.20ptg siap mesin . Alhamdulillah . Bersih jugak keadaan sekitar umah . Mesin rumput ni memang aku kena buat sendiri . Kadang nak suruh anak buat , tapi takpelah . Elok jugak buat sendiri , badan berpeluh sikit . Kalau tak tu , takde excersize susah jugak .
Lepas Asar nak pegi Taman Seri lagi , umah nenek sebab my wife plan ngan semua nak sambut hari ibu for my MOM .Hajjah Mariam .
Syahdu rasanya dpat mencium pipi dan dahi emak aku...syukur ALLAH kau masih beri kesihatan yang baik untuk emak aku. Senyum mu dan tawamu emak disamping cucu-cucu dan anak-anak . Bahagianya Ya ALLAH dengan rahmatmu kami sekeluarga dapat berkumpul dipetang Ahad 12-Mei-2013.
Sebelum maghrib kami pulang kerumah masing-masing.........


Cermin kereta Viva pecah

Pagi sabtu 11-Mei-2013 . Nawaitu hari ni memang nak mesin rumput kat sekitar rumah .Sebelum tu hantar Naufal ke sekolah kelas tambahan dan terus pergi banting nak beli tali mesin rumput . Hati memang kuat untuk mesin rumput tapi macam-macam pulak rasanya. Ambik mesin rumput kat store umah wak kiah . Start mesin rumput dari sebelah bilik nani menghala ke depan umah . Sampai mesin kat depan umah sebelah pasu tiba-tiba terpelanting batu dan ALLAHU AKBAR . Aku istighfar sebentar dan ku lihat cermin belakang kereta viva pecah . Mula-mula hati mengatakan tidak pecah , namun aku redho takdirNYA.
Memang tak terkata-kata hanya Istighfar saje yang mampu meredakan hati yang sedih . Kereta aku hantar ke kedai bersama-sama Ijat . Kereta kena tinggal seahri kat kedai . Balik naik motor dgn Ijat.
Luluh rasa hati melihat cermin kete yang retak seribu . Cuma disebabkan cermin tu ada tinted aje yang tak berderai terus , jadi kaca-kacanya tidak jatuh berderai .

Wednesday, May 8, 2013

JAdi ejen masa mengundi

Name tag yang dipakai masa pilihanraya semasa bertugas di saluran 3 dan 4 .

Monday, May 6, 2013

PR sapu bersih Kuala Langat

KUALA LANGAT - Penyandang kerusi Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid  menang  selesa apabila mengekalkan kerusi parlimen itu dengan majoriti 5,358 undi.

Abdullah Sani meraih undi sebanyak 40,983 berbanding pencabarnya, calon BN Kapten (B) Sharuddin Omar, 35, 625 undi dan calon Bebas, KS Kottapan 426 undi.

Dun Sijangkang yang ditanding Dr Ahmad Yunus Hairi mengekalkan takluk jajahannya apabila mudah memperoleh majoriti 2,942 undian mengalahkan calon BN, Zurihan Yusop dengan 11,896 undi.

Bagi Dun Telok Datok, Loh Cheng Heng yang pada mulanya berhadapan dengan saingan sengit pihak lawan yang juga merupakan anak tempatan akhirnya menang besar dengan memperoleh 13,155 undian dengan majoriti 5,391 undian.

Lebih mengejutkan calon pilihan BN yang dijangka dapat mengekalkan kerusi Dun Morib, Hasiman Sidom terpaksa akur apabila calon lawannya bagi tahun 2004 Pas, Hasnul Baharuddin memenangi kerusi Dun Morib dengan meraih undi 15,016 berbanding Hasiman hanya 14,250 undi.

Hasnul  ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka diberi kepercayaan rakyat di sini  untuk mengambil semula kerusi yang pernah ditanding pada tahun 2004.

Bagaimanapun katanya, majoriti  766  undi  masih belum  berada  pada  tahap selesa dan dia akan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi.

“Berbekalkan sokongan rakyat di Dun Morib, saya yakin strategi saya menjaga kebajikan  rakyat  bakal dinikmati seluruh rakyat di sini.

“Sokongan padu  terhadap PR di sini berpunca apabila  rakyat mula melihat kewibawaan  kepimpinan  PR mentadbir Selangor," katanya.

RAYA 505

50513 - hari Malaysia memilih . dengan cuaca yang panas . Kali ini aku jadi ejen tempat mengundi di dua saluran . Pada sebelah pagi dari jam 10.00am ~ 12.00 di saluran 3 disekolah MES telok datok . Kemudian belah petang di saluran 4 pulak kul 2.00pm~4.00pm . Belah petang yang mengantuk sikit . Dah nak terlelap jugak dibuatnya.
Suasana di Telok Datok ni tak berapa panas sangat kalau nak dibandingkan kat tempat-tempat lain





Saluran 4 ni semuanya pengundi muda . memang ramai kat saluran ni . Jumlah kat saluran ni yang boleh mengundi 657 orang . Setakat sampai pukul 4pm masa tu 532 orang dah kena calit dakwat kat jari telunjuk.
Bermacam-macam ragam pengundi baru dan yang muda-muda ni . ada yang first time dan ada yang 2nd time kat saluran 4 ni . Saluran ni lah yang paling banyak memangkah DAP dan PKR .




Friday, May 3, 2013

Echo dan Holter procedure

Pada 21hb Feb 2013 sekali lagi pegi hospital Serdang untuk procedure ECHO dan HOLTER . kali ni tak payah register kat kaunter pendaftaran . alhamdulillah . terus naik klinik kardiologi pun terus je ke bilik untuk check echocardiogram.



Ni lah result echo , bukan tau pun tapi aku tanya technician yang buat kan echo tu memang lemah jugak 42% . aku tanya kalau ok berapa % . dia cakap dalam 65% . maknanya takkan ada 100% .Lepas buat echo kena pasang holter pulak. Bateri 4 biji kena bawak sendiri . kena pakai bende tu 24 jam , tak boelh tanggal dan esoknya kena datang lagi untuk return bende holter ni .


First appointment @ Hospital Serdang

Nak cite sikit first time appointment @ hospital Serdang di klinik Kardiologi pada 12-12-2012 . Itupun setelah didesak beberapa lama sejak keluar dari hospital kelang pada penghujung bulan april 2012 . 
Kat hospital serdang punyalah ramai umat kat pendaftaran saje nombornya dah kat 50 orang . subhanallah . dari pukul 8.00 am dapat panggil untuk daftar dalam kul 9.15am . selepas tu kena pegi klinik kardiologi kene register amik no lagi utk jumpa doktor pakar . 
Tengoklah berapa orang lagi baru dapat jumpa doktor . 77 orang tu.....
Aku dah letih menunggu , sebelum tu dah amik BP , ECG dan sebagainya.
Bila tengok-tengok kat spital or kat klinik kardiologi ni . Subhanallah ramainya yang kena sakit jantung . Rasanya hampir 200 orang kot daily patient sakit jantung . tengoklah photo kat bawah ni.




Jam menunjukkan pukul 12.00 tghari . nombor masih belum naik lagi . 
Nombor aku 1109 dan nombor masa jam 12.00 tghari 1097 . ada 12 orang lai barulah turn aku kene panggil . rasanya dalam pukul 1.15pm baru dapat jumpa doktor .
Jumpa doktor tak sampai 15minit pun . takde pun check atau sentuh kat dada aku ni . cuma inform untuk buat holter & echo pada 21hb Feb 2013
Kemudian angiogram pada 11hb March 2013 . Itulah date utk angiogram yang paling cepat ada kosong . juat imagine dari december 2012 ~ march 2013 .