KUALA LANGAT - Penyandang kerusi Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menang selesa apabila mengekalkan kerusi parlimen itu dengan majoriti 5,358 undi.
Abdullah Sani meraih undi sebanyak 40,983 berbanding pencabarnya, calon BN Kapten (B) Sharuddin Omar, 35, 625 undi dan calon Bebas, KS Kottapan 426 undi.
Dun Sijangkang yang ditanding Dr Ahmad Yunus Hairi mengekalkan takluk jajahannya apabila mudah memperoleh majoriti 2,942 undian mengalahkan calon BN, Zurihan Yusop dengan 11,896 undi.
Bagi Dun Telok Datok, Loh Cheng Heng yang pada mulanya berhadapan dengan saingan sengit pihak lawan yang juga merupakan anak tempatan akhirnya menang besar dengan memperoleh 13,155 undian dengan majoriti 5,391 undian.
Lebih mengejutkan calon pilihan BN yang dijangka dapat mengekalkan kerusi Dun Morib, Hasiman Sidom terpaksa akur apabila calon lawannya bagi tahun 2004 Pas, Hasnul Baharuddin memenangi kerusi Dun Morib dengan meraih undi 15,016 berbanding Hasiman hanya 14,250 undi.
Hasnul ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka diberi kepercayaan rakyat di sini untuk mengambil semula kerusi yang pernah ditanding pada tahun 2004.
Bagaimanapun katanya, majoriti 766 undi masih belum berada pada tahap selesa dan dia akan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi.
“Berbekalkan sokongan rakyat di Dun Morib, saya yakin strategi saya menjaga kebajikan rakyat bakal dinikmati seluruh rakyat di sini.
“Sokongan padu terhadap PR di sini berpunca apabila rakyat mula melihat kewibawaan kepimpinan PR mentadbir Selangor," katanya.
No comments:
Post a Comment