Pages

Monday, May 6, 2013

PR sapu bersih Kuala Langat

KUALA LANGAT - Penyandang kerusi Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid  menang  selesa apabila mengekalkan kerusi parlimen itu dengan majoriti 5,358 undi.

Abdullah Sani meraih undi sebanyak 40,983 berbanding pencabarnya, calon BN Kapten (B) Sharuddin Omar, 35, 625 undi dan calon Bebas, KS Kottapan 426 undi.

Dun Sijangkang yang ditanding Dr Ahmad Yunus Hairi mengekalkan takluk jajahannya apabila mudah memperoleh majoriti 2,942 undian mengalahkan calon BN, Zurihan Yusop dengan 11,896 undi.

Bagi Dun Telok Datok, Loh Cheng Heng yang pada mulanya berhadapan dengan saingan sengit pihak lawan yang juga merupakan anak tempatan akhirnya menang besar dengan memperoleh 13,155 undian dengan majoriti 5,391 undian.

Lebih mengejutkan calon pilihan BN yang dijangka dapat mengekalkan kerusi Dun Morib, Hasiman Sidom terpaksa akur apabila calon lawannya bagi tahun 2004 Pas, Hasnul Baharuddin memenangi kerusi Dun Morib dengan meraih undi 15,016 berbanding Hasiman hanya 14,250 undi.

Hasnul  ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka diberi kepercayaan rakyat di sini  untuk mengambil semula kerusi yang pernah ditanding pada tahun 2004.

Bagaimanapun katanya, majoriti  766  undi  masih belum  berada  pada  tahap selesa dan dia akan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi.

“Berbekalkan sokongan rakyat di Dun Morib, saya yakin strategi saya menjaga kebajikan  rakyat  bakal dinikmati seluruh rakyat di sini.

“Sokongan padu  terhadap PR di sini berpunca apabila  rakyat mula melihat kewibawaan  kepimpinan  PR mentadbir Selangor," katanya.

RAYA 505

50513 - hari Malaysia memilih . dengan cuaca yang panas . Kali ini aku jadi ejen tempat mengundi di dua saluran . Pada sebelah pagi dari jam 10.00am ~ 12.00 di saluran 3 disekolah MES telok datok . Kemudian belah petang di saluran 4 pulak kul 2.00pm~4.00pm . Belah petang yang mengantuk sikit . Dah nak terlelap jugak dibuatnya.
Suasana di Telok Datok ni tak berapa panas sangat kalau nak dibandingkan kat tempat-tempat lain





Saluran 4 ni semuanya pengundi muda . memang ramai kat saluran ni . Jumlah kat saluran ni yang boleh mengundi 657 orang . Setakat sampai pukul 4pm masa tu 532 orang dah kena calit dakwat kat jari telunjuk.
Bermacam-macam ragam pengundi baru dan yang muda-muda ni . ada yang first time dan ada yang 2nd time kat saluran 4 ni . Saluran ni lah yang paling banyak memangkah DAP dan PKR .




Friday, May 3, 2013

Echo dan Holter procedure

Pada 21hb Feb 2013 sekali lagi pegi hospital Serdang untuk procedure ECHO dan HOLTER . kali ni tak payah register kat kaunter pendaftaran . alhamdulillah . terus naik klinik kardiologi pun terus je ke bilik untuk check echocardiogram.



Ni lah result echo , bukan tau pun tapi aku tanya technician yang buat kan echo tu memang lemah jugak 42% . aku tanya kalau ok berapa % . dia cakap dalam 65% . maknanya takkan ada 100% .Lepas buat echo kena pasang holter pulak. Bateri 4 biji kena bawak sendiri . kena pakai bende tu 24 jam , tak boelh tanggal dan esoknya kena datang lagi untuk return bende holter ni .


First appointment @ Hospital Serdang

Nak cite sikit first time appointment @ hospital Serdang di klinik Kardiologi pada 12-12-2012 . Itupun setelah didesak beberapa lama sejak keluar dari hospital kelang pada penghujung bulan april 2012 . 
Kat hospital serdang punyalah ramai umat kat pendaftaran saje nombornya dah kat 50 orang . subhanallah . dari pukul 8.00 am dapat panggil untuk daftar dalam kul 9.15am . selepas tu kena pegi klinik kardiologi kene register amik no lagi utk jumpa doktor pakar . 
Tengoklah berapa orang lagi baru dapat jumpa doktor . 77 orang tu.....
Aku dah letih menunggu , sebelum tu dah amik BP , ECG dan sebagainya.
Bila tengok-tengok kat spital or kat klinik kardiologi ni . Subhanallah ramainya yang kena sakit jantung . Rasanya hampir 200 orang kot daily patient sakit jantung . tengoklah photo kat bawah ni.




Jam menunjukkan pukul 12.00 tghari . nombor masih belum naik lagi . 
Nombor aku 1109 dan nombor masa jam 12.00 tghari 1097 . ada 12 orang lai barulah turn aku kene panggil . rasanya dalam pukul 1.15pm baru dapat jumpa doktor .
Jumpa doktor tak sampai 15minit pun . takde pun check atau sentuh kat dada aku ni . cuma inform untuk buat holter & echo pada 21hb Feb 2013
Kemudian angiogram pada 11hb March 2013 . Itulah date utk angiogram yang paling cepat ada kosong . juat imagine dari december 2012 ~ march 2013 .


Thursday, May 2, 2013

Berhati-hatilah


Berhati-hatilah dengan kemudahan yang ada. Manfaatkanlah kebaikan di ruang maya supaya dapat memberikan kebaikan berterusan pada diri kita dan kepada orang yang membacanya. Hiasilah akhlak  dengan perasaan malu untuk memelihara tingkah laku mahupun aurat kerana hanya orang tertentu sahaja layak melihatnya.Namun segala-galanya bermula dari hati sendiri. Hati yang bersih akan menterjemahkan perilaku yang bersih.
Sama-sama kita manfaatkan kemudahan ke arah yang lebih baik demi maruah agama dan keluarga, ke arah menjadi mukmin yang berjaya! Ketika azan berkumandang, tinggalkanlah dahulu 'kemudahan-kemudahan' dunia yang mengasyikkan kerana ianya hanyalah bersifat sementara.
Jangan hanya kemudahan itu dapat memberikan kemudahan untuk kita di dunia sahaja, tetapi 'menyusahkan' diri kita apabila berada di alam yang lebih abadi nanti asbab diri kita sendiri yang 'kurang bijak' menggunakannya. 


Wednesday, May 1, 2013

Hebatnya Bercium, Untuk yang dah berkahwin sahaja tau!!!


Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk
kesihatan.....

Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung
per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan
stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan
tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu
menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan
memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi
kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu
membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi sakit.

Selamat bercium-ciuman...hehehehe..

calon bebas

Calon bebas Dun Telok Datok tempat aku mengundi..........selamat mengundi