Berhati-hatilah dengan kemudahan yang ada.
Manfaatkanlah kebaikan di ruang maya supaya dapat memberikan kebaikan
berterusan pada diri kita dan kepada orang yang membacanya. Hiasilah akhlak
dengan perasaan malu untuk memelihara tingkah laku mahupun aurat kerana
hanya orang tertentu sahaja layak melihatnya. Namun segala-galanya bermula dari hati sendiri. Hati yang bersih akan
menterjemahkan perilaku yang bersih.
Sama-sama kita manfaatkan kemudahan ke arah
yang lebih baik demi maruah agama dan keluarga, ke arah menjadi mukmin yang
berjaya! Ketika azan berkumandang, tinggalkanlah dahulu 'kemudahan-kemudahan'
dunia yang mengasyikkan kerana ianya hanyalah bersifat sementara.
Jangan hanya kemudahan itu dapat memberikan
kemudahan untuk kita di dunia sahaja, tetapi 'menyusahkan' diri kita apabila
berada di alam yang lebih abadi nanti asbab diri kita sendiri yang 'kurang
bijak' menggunakannya.
No comments:
Post a Comment