Pages

Tuesday, September 3, 2013

AKU , ANAKKU dan UPM

Assalamualaikum....
Sebenarnya dah lama aku nak story benda ni . 30 tahun dulu dalam tahun 1983 selepas tamat SPM aku dapat offer sambung study kat UPM . Offer letter tu aku masih simpan lagi.
Dulu-dulu mana ada online . and then selepas 30 tahun dalam tahun 2013 ni anak aku pulak ikut jejak abahnya dapat offer study kat UPM jugak . just imagine as her abah . syukur kpd ALLAH atas nikmat yg diberi....
Dulu masa aku UPM kat Serdang tapi sekarang ni UPM kat Sarawak kau . Bintulu......

Suhaila masuk wad lagi

Bismillahirrohmanirrohim
Malam 31 ogos 2013  . pukul 3.00 pagi pintu bilik diketuk...rupanya ella ketuk sebab dia sesak nafas atau athma . Siap=siap nak pergi hospital banting. Solat tahajud dulu.
sampai spital kul 3.20pagi dan terus masuk ambik gas. aku tunggu kat luar . 2 kali ambik gas dalam jam 5.00 pagi keluar dari spital.
Malam 1 sept 13 . pukul 12.00 mlam with my wife bawak lagi ella gi spital . kali ni teruk sikit 3 kali amik gas tak lepas . amik darah , xray and at last kena tahan wad . masuk wad kul 4.30 pagi .
2hb sep 13 - mlam aku pulak cover tunggu ella kat wad .
Ya Allah - ramainya pesakit kat wad kanak2 ni . sana-sini budak kad wad merengek dan kebanyakkannya sakit semput dan demam . dalam pukul 11.30 ella dah tidor , aku pun tidor jugak , Kul 1,40 pagi terjaga sebab budak2 tu ada yang merengek . sambung tior balik . pukul 4.30 pagi terjaga lagi .
At last pukul 5.00 pagi balik rumah sebab nak sahur utk puasa 6 . Hari ni puasa hari yang ke 5 . Insyaallah esok 4hb sept 13 . puasa 6 yg akhir . dihari syawal yg ke 28 .
Moga dgn puasa ini akan mendapat rahmatNYA.
Ella discharge 3hb sept 13 dalam kul 4.30petang.

Tuesday, August 20, 2013

Syawal 2013

Bismillahirrohmanirrohim.
Alhamdulillah syawal masuk hari ke 14 hari ini. Cepat betul rasanya masa berlalu meninggalkan kita atau kita yang terlalu alpa dalam duniawi masing-masing. Tetap bersyukur dengan nikmat yang diberi setiap hari bersama dengan keluargaku. 
Tahun ni tema sedondon warna biru. Itu pun anakku yang bongsu Naufal yang nak colour biru....i follow je...
ok jugak warna biru ni. tapi jangan dipolitikkan colour biru . tidak bermaksud apa-apa pun. kan aku dah kata pilihan anak aku yang kecil sekali . 
Inilah keluarga besar cikgu Haji Baki & Hajah Mariam. Ini pun kurang satu famili adik aku yang beraya di Pahang. SO kira tak cukup corum lah.

Aku dan my lovely wife...mama utk anak-anakku...........

Monday, July 15, 2013

7 ramadhan








Appointment @ Hospital Serdang

Bismillahirrohmanirrohim...
Hari ni 15-Julai-2013 ada appointment kat Klinik Kardiologi Hospital Serdang . Selepas sahur dan solat subuh aku siap-siap nak gerak ke Serdang. 6.30 pagi gerak dari rumah and sampai Hospital jam 7.30 pagi . Parking masih kosong lagi. Terus gi kaunter utk register . Kena ambik nombor dulu .


Aku ingat takde orang sangat . Ramainya orang , kena tunggu giliran sampai 64 orang. Kalau lewat lagi tak taulah nombor berapa.


Pukul 8.09pagi baru nombor dipanggil . so kena naik atas tingkat 2 ke klinik Kardiologi . ramai jugak orang kat sini .


Dapat nombor 1040 , masa tu baru 1006 nombor gilirannya .
So kena tunggu lagi. 

Pukul 8.49 pagi dipanggil masuk bilik 5 untuk check blood pressure.
Result BP ok je . 140/81



Friday, July 12, 2013

Ramadhan 2013

Bismillahirrohmanirrohim.
Alhmadulillah Ramadhan datang lagi . Syukur masih lagi menjadi tetamu untuk Ramadhan ini . Dipenghujung syaaban ada hamba allah yang tidak dapat menjadi tetamu di ramadhan kali ini. Sehari sebelum Ramadhan aku menghadiri atau menziarahi jenazah di seksyen 17 shah alam. ayah kepada rakan sekerja ku kembali ke rahmatullah . dengan suasana hujan di pagi itu aku mengiringi jenazah ke tanah perkuburan seksyen 21 shah alam.
Sebelah petangnya pulak , anak jiran ku di kanchong darat pula kembali kerahmatullah . bergegas aku pulang ke banting untuk menziarahi jenazah. Alhamdulillah sempat juga untuk solat jenazah bersama-sama kariah kampung ku. Dan kemudian mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Kanchong Darat . 
Dalam sehari sebelum Ramadhan 2013 menjalankan tanggungjawab fardu kifayah sesama Islam. 
Hari ini hari ke 4 di bulan Ramdhan (hari Sabtu ) kemusykilan kepada perut ku dari puasa ke 2 , 3 dan 4 selepas sahur perut berkeroncong disebabkan cirit birit . Dua tiga jam juga menahan sakit memulas dan ulang alik ke toilet untuk buang air besar yang memang confirm cair. Alhamdulillah masih bertahan utk meneruskan puasa. In syaa allah , moga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menjalani ibdah puasa kali ini.

Friday, June 28, 2013

Wednesday, June 26, 2013

Apakah kesudahannya............

Bismillahirrohmannirrohim.
Betul ke apa yang aku nampak . Kalau betul, INI KALILAH .
In Syaa Allah. Aku pun tak ingat dah berapa kali ianya keluar .

Tuesday, June 18, 2013

MMS dari Nani

MMS mentioned photo Jabatan utk coursemya

MMS yang diterima pada 18-Jun-13 ( breakfast dia )

Monday, June 17, 2013

Bintulu Sarawak - 2Jun ~ 6Jun-2013 ( part 1 )

Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah segala puji milik Allah jua. Sesudah segala persiapan dibuat untuk ke Sarawak maka dengan rahmatNYA aku , isteriku dan anakku Nani menuju ke KLIA untuk menuju ke Bintulu Sarawak .Kami dihantar dengan menaiki dua kereta bersama-sama anak2 ku yang lain yang tak dapat nak kubawa bersama kerana kos yang tinggi. In Syaa Allah dilain waktu dan masa mungkin aku akan bawa anak2 yang lain keSarawak. Semoga impian ini akan menjadi kenyataan. Sampai di KLIA dlm jam 9.15pagi 2hb Jun 13 . Flight kami jam 10.40 pagi dan dijangka tiba di Bintulu jam 12.40tghari .
First time landing at bintulu airport. Alhamdulillah

Kami selamat mendarat di bintulu airport lebih kurang jam 1.15 tghari. Sampai di arrival hall kena melepasi jabatan imigresen bintulu . kena beratur lah pulak .
 Apabila selesai kami ambil luggage dan mula keluar untuk cari teksi ke hotel di bintulu . Boleh tahan jugak mahalnya teksi dari airport ke bintulu yang jaraknya lebih kurang 20km je kot .

Airport Bintulu.


 Jalan menuju Ke pekan bintulu yang agak lengang.
Satu arah bintulu , satu lagi gua tatau.

Tuesday, May 28, 2013

Persediaan ke Bintulu

                              Bismillahirrohmanirrohim.

27hb Mei ...nawaitu pegi hospital Banting untuk buat medical check up anak ( Nani ) untuk ke UPM Sarawak . Pukul 8.00 pagi dah sampai hospital . Gi kaunter tanya cammane nak wat medical check up , so dia kata pegi bilik no 7 . kat area depan bilik no 7 dah ada orang dan juga parents ngan anak dia nak wat check up juga . Tunggu punya tunggu takde pun doktor ke apa ke yang PIC utk check up ni .  Ajak nani gi sarapan dulu . lepas tu pegi balik kat bilik 7 , tanya kat parents tadi camane . dia kata takde sape pun . aku pun tinggalkan nani dulu sebab nak belikan sarapan untuk anak2 yang kat umah . Tengah beli sarapan nani call kata doktor on leave . parents tadi ynag tanyakan status check up tu dan mentioned doktor yang ada tak leh buat medical check up sebab dia sorang je. sepatutnya ada 3 orang doktor. Boleh plak camtu . Allahuakbar.


Tukar plan - jom pi BSN nak amik no pin untuk PTPN . Subhanallah . ramainya orang . hampir 70 orang waiting list . Pusing2 dalam bank tu tanya sorang amoi , nampak macam nak amik pin no jugak tapi bukan .  rupanya dia nak bank in yuran matrikulasi kat Banting . amoi ni Ipoh Mali . Tanya dia nape tak buat awal2 sebab dah nak register hari tu , hari tu baru nak bank in .  dia kata lupa lah pakcik . Kesian dia. 
Disebabkan ramai kat BSN tu , try tanya kat klinik mediveron berapa harga check up . dia kata RM90 enggit . Mahalnya . orang kata kat klinik KUben Rm70 je .

Tukar plan lagi - cakap kat nani kita gi Imegresen pulak . Pegi lah naik kat opisnya tingkat atas , atas JPN Banting . Naik2 kata dokumen perjalanan terhad kat banting takde buat . Kalau Encik nak buat kat Shah Alam atau Port Kelang . Memang Tuhan nak uji aku hari tu .
So let's go to Shah Alam . Sampai Shah Alam  dua tiga kali pusing cari parking . FULL hOUSE .AT last suruh nani turun dulu and aku pusing cari parking . Parking dekat ngan tasik . Jauhnya subhanallah. jalan kaki tuju PKNS . tepon nani dia kat mana . dia dah pegi salah opis imegresen bahagian visa. beratur ramainya orang . Kaunter nombor bagi no 4400 . masa tu jam 12.11 tengahari . Tunggu lah kejap . aku turun bawah pusing2 . nampak BSN bank . call nani utk pegi BSN. Sekejap je dah dapat buat pin no kat BSN berharga Rm5.
Jam kat kul 1.00 tghari . perut dah lapar . Cari kedai kat kompleks PKNS tu , masuk kedai dan makan tengahari. Lepas makan azan zohor pun masuk waktunya . Maka nak cari surau kat mana ye... tanyalah pak guard kat situ dan dia kata kat 1st floor . Alhamdulillah dapat cari surau . Alhamdulillah juga , ramai rupanya orang yang solat zohor kat surau ni .
Lepas solat , pusing2 kat bawah PKNS cari pae2 ynag patut . tapi takde bende pun yang dicari. Pukul 2.30petang naik balik kat imegresen . Nombor masih jauh lagi . baru 4330 . maknanya lagi 70 orang waiting . Fuhh . Istighfar je yang mampu ku buat.
Jam 3.11petang baru nombor 4400 dipanggil kaunter 7 . Rupanya belum isi borang lagi . masa kat kaunter pertanyaan tak cakap pulak suruh isi borang . isilah kak nani borang tu kejap . Dah complete kena tunggu panggil lagi untuk bayaran . Tunggu lagi . selang 15 min dalam 3.30 petang dipanggil utk byr rm5 . siap bayar kaunter bagitau lagi satu jam baru siap DPT( dokumen perjalanan terhad ) . dalam menunggu tu adalah parents ngan anak dia tegur aku ngan nani . dia tanya anak nak pergi mana . aku cakap sarawak . rupanya anak dia pun sama dapat UPM . pergh kos yang dia dapat adalah kos yang nani nak . iaitu diploma kesihatan haiwan dan penternkan . tension anak aku nani. parents ni dari Meru Kelang . Maka nani ngan anak dia bertukar2 no tepon supaya senang kat sana nanti. Namanya Nor Amira Hani. 
Dalam kul 4.30 , nani pun submit form utk dptkan DPT bersama2 nagn budak yang baru kenal tadi . selepas 5 min DPT tu pun siap . Macam passport jugak rupanya. cuma ianya warna biru. 4.45 pm kami pun mula gerak balik . kete parking kat tepi tasik sana. Alhamdulillah selesai sudah satu perkara persediaan ke Bintulu.


Wednesday, May 15, 2013

Tragedi 29-Jun-2012

Selalunya handphone aku on spt biasa , tapi pada 29-Jun-2012 sengaja aku OFFkan hp aku sebab tak mahu diganggu oleh seseorang yang menyebabkan aku tension. Hari itu aku tak kerje sebab shutdown , so maknanya aku ada kat rumah. Hari itu hari Jumaat , menjelang tengahari aku bukak balik Hp aku . Ya Allah , banyaknya message dan juga miss call dari jam 8.30 pagi sampai lah tengahari tu . Miss call dari ipar aku Zainon , dari Jenal , dari sape lagi entah - aku pun dah tak ingat. Cuma bila aku bukak msg dari Jenal mentioned adik aku Aci accident je . Astagfirullahalazim.....
Aku terus call mak aku tanya pasal aci , tapi mak aku inform memang aci accident tapi mak aku memang saje tak nak call atau inform aku sebab keadaan kesihatan aku (jantung) . Mak aku risau aku terperanjat dan tension nanti katanya. Lepas tu aku call Jenal dan adik aku yang lain , tanya status Aci .
Info mengatakan masih di emergency HTAR Klang . So , lepas solat Jumaat aku gi HTAR dengan mak dan abah aku . Sampai kat Emergency tak boleh jumpa , kat sana ada wak Dol dgn Atan.
Dalam pukul 4.00 ptg Aci dipindahkan ke wad 4 ( kalau tak silap ) . Masa tu aku dapat follow Aci ngan wife dia Zai. Sampai kat wad , nak transfer dia dari strecher ke katil tu . Ya Allah , aku dpt melihat tak tertanggungnya Aci menahan kesakitan disebabkan tangannya yang hancur digilis kereta . Aku sendiri pun tak mampu nak melihat Aci ,cuma mampu bisikkan ketelinganya supaya Istighfar banyak-banyak.
Aku tak tahu dia sedar atau tidak , sebab nampak macam tak sedar sebab terlalu menahan kesakitan .
Inilah keadaan tangannya pada jam 4.11petang .Hanya dibalut macam tu dan ubat tahan sakit sejak dari pagi dimasukkan di emergency wad . Kata doktor pukul 5.00 petang dia akan dibuat pembedahan pada tangannya. Maka bermulalah episod aku dan famili aku berkampung di wad Hospital Kelang .
Allahuakbar , Subhanallah .


To be continued.............
 Sambung balik....Petang tu jugak adik aku akan operate untuk menyambung urat-urat tangannya yang telah putus .Just imagine , dari pagi dah masuk emergency dah nak senja baru doktor kata nak sambung urat-urat kat tangannya tu. Allahuakbar. Sebelum operate petang tu doktor bagi peluang abah dan emak aku utk berjumpa Aci . Sambil abah tak berhenti mendoakan dan menjampi kat Aci. Masa ni aku tengok Zai ( isteri Aci ) dan anak-anaknya Liya , Mas , Ayu dan raof....Allah Akbar . Berat ujian yang mereka dan kami semua hadapi ni. Aku pun sebenarnya pun bukan kuat sangat (bukan sihat sangat) . Abah aku memang tabah , dia control the situation . include all of us . Sebab pada sapa aku nak refer kalau tak kat abah . Zai pun bila refer kat aku , aku tak tau nak kata apa. Aku tau Zai refer aku sebab aku yang Abang Long tapi situasi aku pun tak tentu arah . 
Menjelang maghrib aku , abah mak nak balik dulu . Tinggal Zai menunggu di hospital .

Abah dan emak aku yang sempat mengiringi Aci sebelum pembedahan yang pertama. Abah dan emak yang sentiasa dan tidak berhenti mendoakan Aci agar Istighfar banyak-banyak , waluapun Aci dalam keadaan sedar tak sedar.
Dalam pembedahan tu tangan masuk besi dan Aci dalam keadaan tidak sedarkan diri . Kena masuk ICU kat tingkat 5 . 
Esoknya 30-jun . Kami semua berkumpul lagi di HTAR utk melihat dan mengikuti perkembangannya .
Wad ICU ni nak masuk memang susah . Kena tunggu wktu melawat dan masuk pun 2 by 2 . 
Ni lah first time kita orang tengok selepas di operate dan dlam keadaan tak sedar . dengan saluran pernafasan yang dibantu . ALLAH AKBAR . Memang istighfar memanjang aku tengok aci macam tu. Dengan besi tercacak kat tangannya . Tak sanggup tengok dia menanggung ujian ini. 

Gambar-gambar ni dah cukup menceritakan apa ynag aci rasakan .Photo ni semua pada 30hb Jun jam 7.24 malam . waktu lawat dah nak habis iaitu 7.30 malam. Fisrt day , memang ramai sedara-mara , rakan-rakan taulan dan sapa juga yang aku tak kenal datang melawat kat ICU kelang.

Sunday, May 12, 2013

SABARLAH

Tuhan yang beri kita rezeki dan hanya DIA yang berkuasa mengambilnya semula.......
Duit dalam genggaman kita, dalam poket mahupun dalam dompet , belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya......
Semuanya milik ALLAH dan DIA berhak atas segalanya.....

12hb Mei 13

Berpagi-pagi di hujung minggu dengan menyambung mesin rumput . Sekejap saje dah mula panas dan berbahang . Ya Allah , subhanallah panasnya hari . Berhenti mesin dlm pukul 10.00 pagi sebab nak pegi layat kat Taman Seri . Cik Semah Askar telah meninggal dunia . Sampai umah arwah jam 10.30pagi diberitahu jenazah belum sampai lagi dari hospital Serdang .
SInggah umah nenek jap , hajat dihati nak sarapan apa yang patut. ALhamdulillah . takde rezeki nak sarapan sebab nasi dah habis . Frust jugak tak dapat pekena sambal ikan bilis my mom . Best in the world .
Fikir-fikir nak gunting rambut kejap . Satu hal lagi , ingatkan kejap lah tunggu turn , lamalah pulak .
Siap gunting patah balik tman Seri , tapi jenazah dah dibawak ke tanah perkuburan .
Sampai rumah wife nak keluar ambik kek , ajak aku hantar dia gi ambik kek tu kat umah orang kat Jalan Sempadan . Lepas tu gi kondangan pulak ke Sungai Kelambu. Walau pun tak dapat sarapan tapi Allah arahkan rezeki untuk makan di rumah orang kahwin . Alhamdulillah .
Petang dalam pukul 3.30petang sambung balik mesin rumput yang masih tak clear lagi . Sebelum tu pegi beli minyak petrol untuk mesin . Pukul 4.20ptg siap mesin . Alhamdulillah . Bersih jugak keadaan sekitar umah . Mesin rumput ni memang aku kena buat sendiri . Kadang nak suruh anak buat , tapi takpelah . Elok jugak buat sendiri , badan berpeluh sikit . Kalau tak tu , takde excersize susah jugak .
Lepas Asar nak pegi Taman Seri lagi , umah nenek sebab my wife plan ngan semua nak sambut hari ibu for my MOM .Hajjah Mariam .
Syahdu rasanya dpat mencium pipi dan dahi emak aku...syukur ALLAH kau masih beri kesihatan yang baik untuk emak aku. Senyum mu dan tawamu emak disamping cucu-cucu dan anak-anak . Bahagianya Ya ALLAH dengan rahmatmu kami sekeluarga dapat berkumpul dipetang Ahad 12-Mei-2013.
Sebelum maghrib kami pulang kerumah masing-masing.........


Cermin kereta Viva pecah

Pagi sabtu 11-Mei-2013 . Nawaitu hari ni memang nak mesin rumput kat sekitar rumah .Sebelum tu hantar Naufal ke sekolah kelas tambahan dan terus pergi banting nak beli tali mesin rumput . Hati memang kuat untuk mesin rumput tapi macam-macam pulak rasanya. Ambik mesin rumput kat store umah wak kiah . Start mesin rumput dari sebelah bilik nani menghala ke depan umah . Sampai mesin kat depan umah sebelah pasu tiba-tiba terpelanting batu dan ALLAHU AKBAR . Aku istighfar sebentar dan ku lihat cermin belakang kereta viva pecah . Mula-mula hati mengatakan tidak pecah , namun aku redho takdirNYA.
Memang tak terkata-kata hanya Istighfar saje yang mampu meredakan hati yang sedih . Kereta aku hantar ke kedai bersama-sama Ijat . Kereta kena tinggal seahri kat kedai . Balik naik motor dgn Ijat.
Luluh rasa hati melihat cermin kete yang retak seribu . Cuma disebabkan cermin tu ada tinted aje yang tak berderai terus , jadi kaca-kacanya tidak jatuh berderai .

Wednesday, May 8, 2013

JAdi ejen masa mengundi

Name tag yang dipakai masa pilihanraya semasa bertugas di saluran 3 dan 4 .

Monday, May 6, 2013

PR sapu bersih Kuala Langat

KUALA LANGAT - Penyandang kerusi Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid  menang  selesa apabila mengekalkan kerusi parlimen itu dengan majoriti 5,358 undi.

Abdullah Sani meraih undi sebanyak 40,983 berbanding pencabarnya, calon BN Kapten (B) Sharuddin Omar, 35, 625 undi dan calon Bebas, KS Kottapan 426 undi.

Dun Sijangkang yang ditanding Dr Ahmad Yunus Hairi mengekalkan takluk jajahannya apabila mudah memperoleh majoriti 2,942 undian mengalahkan calon BN, Zurihan Yusop dengan 11,896 undi.

Bagi Dun Telok Datok, Loh Cheng Heng yang pada mulanya berhadapan dengan saingan sengit pihak lawan yang juga merupakan anak tempatan akhirnya menang besar dengan memperoleh 13,155 undian dengan majoriti 5,391 undian.

Lebih mengejutkan calon pilihan BN yang dijangka dapat mengekalkan kerusi Dun Morib, Hasiman Sidom terpaksa akur apabila calon lawannya bagi tahun 2004 Pas, Hasnul Baharuddin memenangi kerusi Dun Morib dengan meraih undi 15,016 berbanding Hasiman hanya 14,250 undi.

Hasnul  ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka diberi kepercayaan rakyat di sini  untuk mengambil semula kerusi yang pernah ditanding pada tahun 2004.

Bagaimanapun katanya, majoriti  766  undi  masih belum  berada  pada  tahap selesa dan dia akan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi.

“Berbekalkan sokongan rakyat di Dun Morib, saya yakin strategi saya menjaga kebajikan  rakyat  bakal dinikmati seluruh rakyat di sini.

“Sokongan padu  terhadap PR di sini berpunca apabila  rakyat mula melihat kewibawaan  kepimpinan  PR mentadbir Selangor," katanya.

RAYA 505

50513 - hari Malaysia memilih . dengan cuaca yang panas . Kali ini aku jadi ejen tempat mengundi di dua saluran . Pada sebelah pagi dari jam 10.00am ~ 12.00 di saluran 3 disekolah MES telok datok . Kemudian belah petang di saluran 4 pulak kul 2.00pm~4.00pm . Belah petang yang mengantuk sikit . Dah nak terlelap jugak dibuatnya.
Suasana di Telok Datok ni tak berapa panas sangat kalau nak dibandingkan kat tempat-tempat lain





Saluran 4 ni semuanya pengundi muda . memang ramai kat saluran ni . Jumlah kat saluran ni yang boleh mengundi 657 orang . Setakat sampai pukul 4pm masa tu 532 orang dah kena calit dakwat kat jari telunjuk.
Bermacam-macam ragam pengundi baru dan yang muda-muda ni . ada yang first time dan ada yang 2nd time kat saluran 4 ni . Saluran ni lah yang paling banyak memangkah DAP dan PKR .




Friday, May 3, 2013

Echo dan Holter procedure

Pada 21hb Feb 2013 sekali lagi pegi hospital Serdang untuk procedure ECHO dan HOLTER . kali ni tak payah register kat kaunter pendaftaran . alhamdulillah . terus naik klinik kardiologi pun terus je ke bilik untuk check echocardiogram.



Ni lah result echo , bukan tau pun tapi aku tanya technician yang buat kan echo tu memang lemah jugak 42% . aku tanya kalau ok berapa % . dia cakap dalam 65% . maknanya takkan ada 100% .Lepas buat echo kena pasang holter pulak. Bateri 4 biji kena bawak sendiri . kena pakai bende tu 24 jam , tak boelh tanggal dan esoknya kena datang lagi untuk return bende holter ni .


First appointment @ Hospital Serdang

Nak cite sikit first time appointment @ hospital Serdang di klinik Kardiologi pada 12-12-2012 . Itupun setelah didesak beberapa lama sejak keluar dari hospital kelang pada penghujung bulan april 2012 . 
Kat hospital serdang punyalah ramai umat kat pendaftaran saje nombornya dah kat 50 orang . subhanallah . dari pukul 8.00 am dapat panggil untuk daftar dalam kul 9.15am . selepas tu kena pegi klinik kardiologi kene register amik no lagi utk jumpa doktor pakar . 
Tengoklah berapa orang lagi baru dapat jumpa doktor . 77 orang tu.....
Aku dah letih menunggu , sebelum tu dah amik BP , ECG dan sebagainya.
Bila tengok-tengok kat spital or kat klinik kardiologi ni . Subhanallah ramainya yang kena sakit jantung . Rasanya hampir 200 orang kot daily patient sakit jantung . tengoklah photo kat bawah ni.




Jam menunjukkan pukul 12.00 tghari . nombor masih belum naik lagi . 
Nombor aku 1109 dan nombor masa jam 12.00 tghari 1097 . ada 12 orang lai barulah turn aku kene panggil . rasanya dalam pukul 1.15pm baru dapat jumpa doktor .
Jumpa doktor tak sampai 15minit pun . takde pun check atau sentuh kat dada aku ni . cuma inform untuk buat holter & echo pada 21hb Feb 2013
Kemudian angiogram pada 11hb March 2013 . Itulah date utk angiogram yang paling cepat ada kosong . juat imagine dari december 2012 ~ march 2013 .