Pages

Tuesday, May 28, 2013

Persediaan ke Bintulu

                              Bismillahirrohmanirrohim.

27hb Mei ...nawaitu pegi hospital Banting untuk buat medical check up anak ( Nani ) untuk ke UPM Sarawak . Pukul 8.00 pagi dah sampai hospital . Gi kaunter tanya cammane nak wat medical check up , so dia kata pegi bilik no 7 . kat area depan bilik no 7 dah ada orang dan juga parents ngan anak dia nak wat check up juga . Tunggu punya tunggu takde pun doktor ke apa ke yang PIC utk check up ni .  Ajak nani gi sarapan dulu . lepas tu pegi balik kat bilik 7 , tanya kat parents tadi camane . dia kata takde sape pun . aku pun tinggalkan nani dulu sebab nak belikan sarapan untuk anak2 yang kat umah . Tengah beli sarapan nani call kata doktor on leave . parents tadi ynag tanyakan status check up tu dan mentioned doktor yang ada tak leh buat medical check up sebab dia sorang je. sepatutnya ada 3 orang doktor. Boleh plak camtu . Allahuakbar.


Tukar plan - jom pi BSN nak amik no pin untuk PTPN . Subhanallah . ramainya orang . hampir 70 orang waiting list . Pusing2 dalam bank tu tanya sorang amoi , nampak macam nak amik pin no jugak tapi bukan .  rupanya dia nak bank in yuran matrikulasi kat Banting . amoi ni Ipoh Mali . Tanya dia nape tak buat awal2 sebab dah nak register hari tu , hari tu baru nak bank in .  dia kata lupa lah pakcik . Kesian dia. 
Disebabkan ramai kat BSN tu , try tanya kat klinik mediveron berapa harga check up . dia kata RM90 enggit . Mahalnya . orang kata kat klinik KUben Rm70 je .

Tukar plan lagi - cakap kat nani kita gi Imegresen pulak . Pegi lah naik kat opisnya tingkat atas , atas JPN Banting . Naik2 kata dokumen perjalanan terhad kat banting takde buat . Kalau Encik nak buat kat Shah Alam atau Port Kelang . Memang Tuhan nak uji aku hari tu .
So let's go to Shah Alam . Sampai Shah Alam  dua tiga kali pusing cari parking . FULL hOUSE .AT last suruh nani turun dulu and aku pusing cari parking . Parking dekat ngan tasik . Jauhnya subhanallah. jalan kaki tuju PKNS . tepon nani dia kat mana . dia dah pegi salah opis imegresen bahagian visa. beratur ramainya orang . Kaunter nombor bagi no 4400 . masa tu jam 12.11 tengahari . Tunggu lah kejap . aku turun bawah pusing2 . nampak BSN bank . call nani utk pegi BSN. Sekejap je dah dapat buat pin no kat BSN berharga Rm5.
Jam kat kul 1.00 tghari . perut dah lapar . Cari kedai kat kompleks PKNS tu , masuk kedai dan makan tengahari. Lepas makan azan zohor pun masuk waktunya . Maka nak cari surau kat mana ye... tanyalah pak guard kat situ dan dia kata kat 1st floor . Alhamdulillah dapat cari surau . Alhamdulillah juga , ramai rupanya orang yang solat zohor kat surau ni .
Lepas solat , pusing2 kat bawah PKNS cari pae2 ynag patut . tapi takde bende pun yang dicari. Pukul 2.30petang naik balik kat imegresen . Nombor masih jauh lagi . baru 4330 . maknanya lagi 70 orang waiting . Fuhh . Istighfar je yang mampu ku buat.
Jam 3.11petang baru nombor 4400 dipanggil kaunter 7 . Rupanya belum isi borang lagi . masa kat kaunter pertanyaan tak cakap pulak suruh isi borang . isilah kak nani borang tu kejap . Dah complete kena tunggu panggil lagi untuk bayaran . Tunggu lagi . selang 15 min dalam 3.30 petang dipanggil utk byr rm5 . siap bayar kaunter bagitau lagi satu jam baru siap DPT( dokumen perjalanan terhad ) . dalam menunggu tu adalah parents ngan anak dia tegur aku ngan nani . dia tanya anak nak pergi mana . aku cakap sarawak . rupanya anak dia pun sama dapat UPM . pergh kos yang dia dapat adalah kos yang nani nak . iaitu diploma kesihatan haiwan dan penternkan . tension anak aku nani. parents ni dari Meru Kelang . Maka nani ngan anak dia bertukar2 no tepon supaya senang kat sana nanti. Namanya Nor Amira Hani. 
Dalam kul 4.30 , nani pun submit form utk dptkan DPT bersama2 nagn budak yang baru kenal tadi . selepas 5 min DPT tu pun siap . Macam passport jugak rupanya. cuma ianya warna biru. 4.45 pm kami pun mula gerak balik . kete parking kat tepi tasik sana. Alhamdulillah selesai sudah satu perkara persediaan ke Bintulu.


No comments: