Aku terus call mak aku tanya pasal aci , tapi mak aku inform memang aci accident tapi mak aku memang saje tak nak call atau inform aku sebab keadaan kesihatan aku (jantung) . Mak aku risau aku terperanjat dan tension nanti katanya. Lepas tu aku call Jenal dan adik aku yang lain , tanya status Aci .
Info mengatakan masih di emergency HTAR Klang . So , lepas solat Jumaat aku gi HTAR dengan mak dan abah aku . Sampai kat Emergency tak boleh jumpa , kat sana ada wak Dol dgn Atan.
Dalam pukul 4.00 ptg Aci dipindahkan ke wad 4 ( kalau tak silap ) . Masa tu aku dapat follow Aci ngan wife dia Zai. Sampai kat wad , nak transfer dia dari strecher ke katil tu . Ya Allah , aku dpt melihat tak tertanggungnya Aci menahan kesakitan disebabkan tangannya yang hancur digilis kereta . Aku sendiri pun tak mampu nak melihat Aci ,cuma mampu bisikkan ketelinganya supaya Istighfar banyak-banyak.
Aku tak tahu dia sedar atau tidak , sebab nampak macam tak sedar sebab terlalu menahan kesakitan .
Inilah keadaan tangannya pada jam 4.11petang .Hanya dibalut macam tu dan ubat tahan sakit sejak dari pagi dimasukkan di emergency wad . Kata doktor pukul 5.00 petang dia akan dibuat pembedahan pada tangannya. Maka bermulalah episod aku dan famili aku berkampung di wad Hospital Kelang .
Allahuakbar , Subhanallah .
To be continued.............Sambung balik....Petang tu jugak adik aku akan operate untuk menyambung urat-urat tangannya yang telah putus .Just imagine , dari pagi dah masuk emergency dah nak senja baru doktor kata nak sambung urat-urat kat tangannya tu. Allahuakbar. Sebelum operate petang tu doktor bagi peluang abah dan emak aku utk berjumpa Aci . Sambil abah tak berhenti mendoakan dan menjampi kat Aci. Masa ni aku tengok Zai ( isteri Aci ) dan anak-anaknya Liya , Mas , Ayu dan raof....Allah Akbar . Berat ujian yang mereka dan kami semua hadapi ni. Aku pun sebenarnya pun bukan kuat sangat (bukan sihat sangat) . Abah aku memang tabah , dia control the situation . include all of us . Sebab pada sapa aku nak refer kalau tak kat abah . Zai pun bila refer kat aku , aku tak tau nak kata apa. Aku tau Zai refer aku sebab aku yang Abang Long tapi situasi aku pun tak tentu arah .
Menjelang maghrib aku , abah mak nak balik dulu . Tinggal Zai menunggu di hospital .
Abah dan emak aku yang sempat mengiringi Aci sebelum pembedahan yang pertama. Abah dan emak yang sentiasa dan tidak berhenti mendoakan Aci agar Istighfar banyak-banyak , waluapun Aci dalam keadaan sedar tak sedar.
Dalam pembedahan tu tangan masuk besi dan Aci dalam keadaan tidak sedarkan diri . Kena masuk ICU kat tingkat 5 .
Esoknya 30-jun . Kami semua berkumpul lagi di HTAR utk melihat dan mengikuti perkembangannya .
Wad ICU ni nak masuk memang susah . Kena tunggu wktu melawat dan masuk pun 2 by 2 .
Ni lah first time kita orang tengok selepas di operate dan dlam keadaan tak sedar . dengan saluran pernafasan yang dibantu . ALLAH AKBAR . Memang istighfar memanjang aku tengok aci macam tu. Dengan besi tercacak kat tangannya . Tak sanggup tengok dia menanggung ujian ini.
Gambar-gambar ni dah cukup menceritakan apa ynag aci rasakan .Photo ni semua pada 30hb Jun jam 7.24 malam . waktu lawat dah nak habis iaitu 7.30 malam. Fisrt day , memang ramai sedara-mara , rakan-rakan taulan dan sapa juga yang aku tak kenal datang melawat kat ICU kelang.
No comments:
Post a Comment